31 December 2018

THE DECISION HURTS

Today is the last day, 2018.

And I'm started to write again.

Fuhh fuhh. Tiup sikit, dah berhabuk. Lama gila tak update. Nasib baik ingat lagi nak login. Huahaha.

Untuk tahun 2018, ada sesuatu yang berharga akan aku tinggalkan. Which means, my life wont be the same anymore.

MY JOB. I'm quitting.

"Apa yang saya perlu buat untuk awak stay"

My boss asked. Kau rasa, ada ke boss nak tanya macam tu?

Aku pun tak tahu atas alasan apa aku berhenti. But one thing I know, aku perlu berhenti.


Boleh dikatakan hati aku berbolak balik dan menangis. Dalam toilet nangis, nak tidur nangis. Berat hati nak tinggalkan apa yang aku dah mulakan.

But right now, apa yang aku rasa - aku rasa LOST. USELESS.

Aku nak cari diri aku yang hilang. Thats it.

Boss aku kata, kalau suatu hari nanti aku nak kembali kerja dengan dia, pintu tu sentiasa terbuka untuk aku. Ada hati aku yang tertinggal di situ sebab I love all my team 😞


Gambar bersama team waktu kitorang baru bermula. Alhamdulillah, sekarang ni team makin bertambah tambah. Aku tahu company yang boss aku bangunkan akan lebih maju walaupun tanpa aku. Because it has a good leader.

Tiga tahun kot, bukan tempoh masa yang pendek. Lots of memory. I will miss you all 💕


21 April 2012

Hiasan Dunia

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG

Nak kena tutup sana, tutup sini

Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang tak bising

Perempuan, stoking pon kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

Komfem tak tahan bertutup semua

Tapi, perempuan cool jek

Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG

Tiap2 bulan, mesti ada penyakit

Nak pergi kelas pon susah

Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

Cuba tengok budak lelaki, selamber jek

Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dengan penyakit tiap2 bulan, survive jek

Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon tak perasan yang dia sakit

Hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Hati ni Allah jadikan lembut betul

Cepat jek sensitif

Cuba tengok orang putus cinta

Selalu perempuan yang paling susah nak lupa

Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

Siapa yang paling teruk menangis

Perempuan kan? Lelaki boleh gelak2 lagi

Lembut tak lembut hati perempuan

Tapi dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yang merajuk Dengan Allah

Diorang cakap, Allah tak adil

Kenapa Allah lebihkan lelaki?

Kenapa perempuan kena dengar cakap suami?

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, tak susah macam nak jaga sorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yang bebel

Diorang pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pon'

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sebeb percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati

Kesian kan kat diorang

Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

Diorang cakap diorang buat macam tu sebeb Allah tak adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah tak adil dengan perempuan?

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya

Betul, isteri kena ikut cakap suami

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

Tak adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

Cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

Bermakna ada 15 orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan tu

MashaAllah, hebatnya perempuan kan

Kenapa perempuan hebat? Sebab kasih sayang Allah yang jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu2 yang berkumandang dekat radio

Banyak lagu pasal perempuan kan

Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:

'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita tak pernah dengar orang cakap:

'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

Kan? Hebat tak Allah jadikan perempuan tu

Masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Tak adil lagikah Allah dekat perempuan?

Oh perempuan, sedarlah

Betapa sayangnya Allah dekat kita

Betapa cintanya Allah dekat kita

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yang tak berasas dekat Allah

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

Bayang, dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni, kita jadi hiasan

Dan seindah2 hiasan tu adalah WANITA SOLEHAH



~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah kerana dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia ~


Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindung?

04 April 2012

Sepohon Rambutan 1000 Nikmat Yang Dikufuri

KISAH INI SATU TAULADAN

Kisah ni aku ambik dari buku keranaMU aku berubah,
karya Ustazah Ruhana Zaki.




Satu ketika dulu, terdapat sebatang pohon rambutan yg amat besar. Sorang kanak2 pompuan gemar bermain2 di sekitar pohon itu stiap hari. Dia memanjat pohon, memetik buah rambutan dan memakan sepuas2nya. Dia amat menyayangi tempat permainannya itu. Pohon rambutan itu juga menyukai anak tersebut.

Masa berlalu.
anak pompuan itu sudah besar dan menjadi sorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masa bermain di sekitar pohon rambutan itu. Namun begitu, 1 hari dia datang kepada pohon rambutan itu dengan wajah yang muram.

"Marilah bermain di sekitarku," ajak pohon rambutan itu.

"Aku bukan lagi kanak2, aku tidak lagi gemar bermain di sekitar engkau. Aku mahukan mainan. aku perlukan wang untuk membelinya," tambah remaja itu sayu.

Lalu pohon rambutan itu berkata,

"Kalau begitu, petiklah buah yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat mainan yang kau inginkan"

Remaja itu dengan gembira memetik semua rambutan di pohon itu. D
an terus berlalu dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon rambutan itu sedih dan amat merindui remaja tersebut.

Masa berlalu. 
1 hari remaja itu kembali.
Dia semakin dewasa. pohon rambutan itu berasa gembira.
"Marilah bermain di sekitarku," ajak pohon rambutan itu.

"Aku tiada waktu untuk bermain. aku terpaksa bekerja utk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah. Bolehkah engkau membantuku?"

"Maafkanku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan2ku dan kau buatlah rumah daripadanya," pohon rambutan itu memberi cadangan.

Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan dan pergi dengan gembira. P
ohon rambutan itu turut gembira tetapi kemudian berasa sedih, kerana remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.

1 hari yang panas, sorang wanita datang menemui pohon rambutan itu. D
ia sebenarnya anak pompuan yang pernah bermain2 dengan pohon rambutan itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain di sekitarku," ajak pohon rambutan itu.

"Maafkanku, tapi aku bukan anak kecil lagi. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita2 untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot.  Bolehkah kau menolongku?" tanya wanita bercita2 besar itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepadamu. Tapi kau blh memotong batang pohon ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira." kata pohon rambutan itu.

Wanita itu berasa amat gembira dan menebang batang pohon rambutan itu. D
ia kemudiannya pergi dari situ dengan gembira dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada 1 hari, sorang wanita yang semakin dimakan usia, datang menghampiri pohon rambutan tersebut. Dia adalah anak pompuan yang pernah bermain di sekitar pohon itu.

"Maafkanku, aku tidak mempunyai ape2 lagi untuk diberikan kepadamu. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual,
dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dan akar yang hampir mati...."
kata pohon rambutan itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu buahmu kerana aku sudah tidak bergigi untuk memakannya. Aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya. Dan aku juga tidak mahu batangmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi. Aku berasa lelah dan ingin berehat." jawab wanita tua itu.

"Jika begitu, berehatlah diperduku." kata pohon itu. Lalu wanita tua duduk berehat di situ. Mereka menangis kegembiraan.

MORAL OF THE STORY!

Sebenarnya, pohon rambutan itu adalah perumpamaan ibu ayah kite. Ketika kecil dan menginjak dewasa, ibu ayah sanggup lakukan ape sahaja untuk memenuhi segenap kehendak kite. Malah sanggup berkorban nyawa untuk kite.

Namun kite sebagai anak, tega menjadikan ibu ayah sebagai sandaran semata2.


Ketika susah, DATANG. Ketika senang, PERGI.
Sedangkan ibu ayah sering mendambakan kehadiran
anak2 di sisi pada setiap masa. Hargailah ketika mereka masih ade.

Seboleh2nya, minimumkan pergantungan terhadap mereka. Waktu kecil, mereka sudah lelah menjaga kite. Biarlah bila dewasa, kite pula yg menjaga mereka. Bukannya menyusahkan mereka hingga ke akhir usia.

MENGHARGAI mereka ketika MASIH ADA,

itulah kebahagiaan paling besar dalam keluarga.
MENYESAL sesudah mereka TIADA,
itulah kesudahan yang amat merugikan.

Berbakti ketika mereka sudah tiada,

TIDAK SAMA kepuasannya dengan berbakti ketika mereka HIDUP. Gembirakanlah hati mereka dengan sehabis upaya. Jika dahulu mereka tidak pernah berkira, mengapa pula sekarang kite hendak berkira dengan mereka?
Wallahu aklam.