04 April 2012

Sepohon Rambutan 1000 Nikmat Yang Dikufuri

KISAH INI SATU TAULADAN

Kisah ni aku ambik dari buku keranaMU aku berubah,
karya Ustazah Ruhana Zaki.




Satu ketika dulu, terdapat sebatang pohon rambutan yg amat besar. Sorang kanak2 pompuan gemar bermain2 di sekitar pohon itu stiap hari. Dia memanjat pohon, memetik buah rambutan dan memakan sepuas2nya. Dia amat menyayangi tempat permainannya itu. Pohon rambutan itu juga menyukai anak tersebut.

Masa berlalu.
anak pompuan itu sudah besar dan menjadi sorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masa bermain di sekitar pohon rambutan itu. Namun begitu, 1 hari dia datang kepada pohon rambutan itu dengan wajah yang muram.

"Marilah bermain di sekitarku," ajak pohon rambutan itu.

"Aku bukan lagi kanak2, aku tidak lagi gemar bermain di sekitar engkau. Aku mahukan mainan. aku perlukan wang untuk membelinya," tambah remaja itu sayu.

Lalu pohon rambutan itu berkata,

"Kalau begitu, petiklah buah yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat mainan yang kau inginkan"

Remaja itu dengan gembira memetik semua rambutan di pohon itu. D
an terus berlalu dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon rambutan itu sedih dan amat merindui remaja tersebut.

Masa berlalu. 
1 hari remaja itu kembali.
Dia semakin dewasa. pohon rambutan itu berasa gembira.
"Marilah bermain di sekitarku," ajak pohon rambutan itu.

"Aku tiada waktu untuk bermain. aku terpaksa bekerja utk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah. Bolehkah engkau membantuku?"

"Maafkanku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan2ku dan kau buatlah rumah daripadanya," pohon rambutan itu memberi cadangan.

Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan dan pergi dengan gembira. P
ohon rambutan itu turut gembira tetapi kemudian berasa sedih, kerana remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.

1 hari yang panas, sorang wanita datang menemui pohon rambutan itu. D
ia sebenarnya anak pompuan yang pernah bermain2 dengan pohon rambutan itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain di sekitarku," ajak pohon rambutan itu.

"Maafkanku, tapi aku bukan anak kecil lagi. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita2 untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot.  Bolehkah kau menolongku?" tanya wanita bercita2 besar itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepadamu. Tapi kau blh memotong batang pohon ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira." kata pohon rambutan itu.

Wanita itu berasa amat gembira dan menebang batang pohon rambutan itu. D
ia kemudiannya pergi dari situ dengan gembira dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada 1 hari, sorang wanita yang semakin dimakan usia, datang menghampiri pohon rambutan tersebut. Dia adalah anak pompuan yang pernah bermain di sekitar pohon itu.

"Maafkanku, aku tidak mempunyai ape2 lagi untuk diberikan kepadamu. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual,
dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dan akar yang hampir mati...."
kata pohon rambutan itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu buahmu kerana aku sudah tidak bergigi untuk memakannya. Aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya. Dan aku juga tidak mahu batangmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi. Aku berasa lelah dan ingin berehat." jawab wanita tua itu.

"Jika begitu, berehatlah diperduku." kata pohon itu. Lalu wanita tua duduk berehat di situ. Mereka menangis kegembiraan.

MORAL OF THE STORY!

Sebenarnya, pohon rambutan itu adalah perumpamaan ibu ayah kite. Ketika kecil dan menginjak dewasa, ibu ayah sanggup lakukan ape sahaja untuk memenuhi segenap kehendak kite. Malah sanggup berkorban nyawa untuk kite.

Namun kite sebagai anak, tega menjadikan ibu ayah sebagai sandaran semata2.


Ketika susah, DATANG. Ketika senang, PERGI.
Sedangkan ibu ayah sering mendambakan kehadiran
anak2 di sisi pada setiap masa. Hargailah ketika mereka masih ade.

Seboleh2nya, minimumkan pergantungan terhadap mereka. Waktu kecil, mereka sudah lelah menjaga kite. Biarlah bila dewasa, kite pula yg menjaga mereka. Bukannya menyusahkan mereka hingga ke akhir usia.

MENGHARGAI mereka ketika MASIH ADA,

itulah kebahagiaan paling besar dalam keluarga.
MENYESAL sesudah mereka TIADA,
itulah kesudahan yang amat merugikan.

Berbakti ketika mereka sudah tiada,

TIDAK SAMA kepuasannya dengan berbakti ketika mereka HIDUP. Gembirakanlah hati mereka dengan sehabis upaya. Jika dahulu mereka tidak pernah berkira, mengapa pula sekarang kite hendak berkira dengan mereka?
Wallahu aklam.





No comments: