06 January 2020

2020 IS HERE!

Bismillah..
Sedar tak sedar, 2020 dah weh. Sedekad berlalu dah. Dulu zaman duk sekolah rasa macam lambat lagi 2020 nih😅

Nothing much i wanna say. Just nak list impian 2020 aku. Tahun cantik kot. Harap dapat lah buat sesuatu yang bagi manfaat untuk future kan, at least.

IMPIAN 2020 DIRI SENDIRI
• Khatam quran tahun ni
• Solat awal waktu
• Buat dhuha setiap pagi
• Tahajud seminggu sekali, paling jahil pun sebulan sekali
• Trip to korea 2020
Semoga aku boleh jadi hamba yang lebih baik fisabilillah🤲

IMPIAN 2020 BISNES BILIS AKU
• Nak followers igshop aku 10k
• Nak pegang stok tudung sendiri
• Ada team dropship sendiri
• Tiap tiap hari reach sale 4 angka
Semoga semua customer yang beli tudung dengan aku dapat manfaat darinya, menutup aurat dengan sempurna🤲

Allahumma Aamiin.

This year marks one year aku berhenti kerja. Aku pilih jalan aku sendiri. Aku buat bisnes tudung kecilan jur. Siapa berminat boleh follow igshop aku Heee nyempat🤭


FAREENA SCARF
Boleh klik link ni je okay. Aku jual bawal medina dengan bawal mikaila so far. Medina material heavy chiffon, mikaila material cotton premium.

Bawal Medina bidang 50

Bawal Mikaila bidang 50

Okay done promote haha. Kalau sudi jangan lupa follow. Sis appreciates uolls😘


25 February 2019

CARA BUAT VISA AUSTRALIA DAN TIPSNYA

Hai korang. I'm back.

InshaAllah awal bulan 3 ni aku akan ke Aussie. So I have experienced macam mana nak buat visa ke australia. Sebab nak g aussie ni, visa adalah perkara WAJIB, bukan sunat2 punya. Pendek kata takde visa takleh masuk sana lahh senang cite.

So back to the topic, MACAM MANA NAK BUAT VISA AUSTRALIA ni kann?

Tapi sebelum tu, visa australia ni ada banyak jenis wey. Antaranya:

1) Visa pelajar
2) Visa kerja
3) Visa pelancong
4) Visa bisnes

Ada lagi jenis lain, ni antara yang aku familiar lah. Untuk tahu lebih details, korang boleh google ajelah semua jenis tu. Semua di hujung jari katanya.

Okay, aku g aussie ni untuk travel jalan jalan. So aku apply visa pelancong lah kan. Jenis yang aku apply adalah ETA visa atau nama penuhnya Electronic Travel Authority visa.


Kredit: muslimtravelbug.com
Bila visa kita dah lulus, automatik dah ada dalam sistem imigresen australia. Gittew. Tapi tips dari aku, elok korang print out jugak visa tu untuk elakkan sebarang masalah. Sistem diorang tengah down ke hape kan, who knows. Kita prepare ajelah.

Masa sebelum aku buat visa ni, duk pikir jugak visa ni macam mana sebenarnya adakah dalam bentuk fizikal macam passport tu. Ni antara contohnya:







Contoh contoh visa ni aku ambil daripada travel agent yang aku buat visa aussie aku. Murah je weh, RM30 sahaja untuk satu visa.

And aku tak ragu ragu nak apply dengan dia sebab dia buat trip ke aussie gak. So siapa yang join trip aussie dengan dia automatik termasuk dengan visa dah. Maksudnya boleh percaya la buat visa dengan dia ni.

Dan aku sebagai seorang manusia, haha aku prefer untuk berhubung dengan manusia. Boleh tanya tanya kalau ada tak paham atau banyak benda sangat duk pikir pasal visa ni kan.

Macam member aku, dia buat under travel agent gak. Tapi kena fill in form untuk visa tu sendiri. Kira macam korang buat sendiri lah. Ada satu link, isi form maklumat korang dan korang akan dibawa ke bahagian untuk payment semua. Leceh!

Yang aku buat ni, just wassap je cakap nak buat visa, atau korang nak tanya apa apa ke. Lepas tu dia mintak muka depan passport yang ada muka korang tu and bayar ongkosnya then siap! Tak payah pening pening.

Untuk siapa siapa yang nak buat visa ke australia boleh contact cik munirah atau boleh tengok ig dia https://www.instagram.com/backpackersbuddies/

Aku apply sehari je dah siap, harini payment, esok dia inform dah settle. Fuhh lega sebab lepas kan. Dup dap dup dap sis nunggu 😂



Apa lagi, siapa siapa yang planning nak g aussie tu boleh lah apply visa sekarang!


Ini penting, TRAVEL TIPS:
Sebelum beli tiket nak ke aussie tu, WAJIB buat visa dulu baru beli tiket weh. Kalau korang rasa rasa nak g aussie kan, buat visa dulu baru cari tiket. Lagipun visa tahan setahun dari tempoh korang buat. Lepas tu cari la tiket. Serius ni wey!

Sebab aku sepatutnya travel enam orang. Tapi sorang geng aku tu tak lulus. Tinggal dua tiga hari je lagi ni. Allah. Kesian dia beli tiket 600 lebih kot. Harap harap lulus, kalau pikir je nak nangis rasa. Takkan nak burn gitu je, banyak tuh 😢

Lagi satu TRAVEL TIPS:
Bagi yang baru buat paspport, kiranya pertama kali nak travel oversea kan. Korang cari la tempat travel yang TAK GUNA VISA. Tempat tempat yang guna visa ni boleh je kalau korang dah 3,4 kali travel luar negara.

Sebab salah satu faktor kawan aku tak lulus visa dia, aku rasa sebab passport dia baru. Rekod dia bersih lagi. Kebanyakan orang malaysia kan pergi sana untuk kerja, tu yang imigresen ketat sikit tuh. Kalau korang dah banyak travel tempat lain, imigresen nak approve pon diorang boleh tahu korang tu kaki jalan bukan nak g kerja. Gittew.

So hope all the best. Doakan weolls ye. Ya Allah semoga dipermudahkan semua urusan. Amiinn.

Disclaimer - This is NOT PAID REVIEW but its my honest review. Kita berpuas hati dengan layanan orang kat kita, why not bantu dia. Mungkin asbab rezeki dia melalui kita, inshaAllah boleh tumpang pahala 💕











09 January 2019

BLOG SUKA SUKA

Tak ku sangka, tak ku duga..

From my last update haritu, ada orang view rupanya my new post. Kelakar weh.

Yeah, I admit. Kalau nak tambah ilmu pengetahuan, its NOT HERE babe.

Sebab yang aku duk tulis dalam ni merapu mengarut je, aku nak cite then aku cite.

Its just about me and my life yang tak penting untuk orang lain😂

But sokay, sis cuba laa update yang bermanfaat sekali sekala yek. Semoga ada laa yang mendapat manfaatnya inshaAllah😘

Jika di izinkan Allah, bulan 3 nanti aku nak p ber"autumn in my heart" di negara orang.

Maklum laa negara sendiri takleh nak fefeeling autumn bagai kenn. But I'm a proud malaysian hokay.

So for next post (yang tak tahu bila tu😂), aku cuba untuk update post berilmu sikit ler.

Since nak pergi negara orang ni aku perlukan visa. Before this aku p travel pun, negara yang takde visa je.

Macam umrah setahun lalu, aku dengan family p under travel agent. Jadi takde nak fening fening pikir visa ni.

Ok dah la tu, stay tuned for my next post. Ehhh koyaa.

Macam ramai je nak baca kan kan kan😅

Kbai.