InshaAllah awal bulan 3 ni aku akan ke Aussie. So I have experienced macam mana nak buat visa ke australia. Sebab nak g aussie ni, visa adalah perkara WAJIB, bukan sunat2 punya. Pendek kata takde visa takleh masuk sana lahh senang cite.
So back to the topic, MACAM MANA NAK BUAT VISA AUSTRALIA ni kann?
Tapi sebelum tu, visa australia ni ada banyak jenis wey. Antaranya:
1) Visa pelajar
2) Visa kerja
3) Visa pelancong
4) Visa bisnes
Ada lagi jenis lain, ni antara yang aku familiar lah. Untuk tahu lebih details, korang boleh google ajelah semua jenis tu. Semua di hujung jari katanya.
Okay, aku g aussie ni untuk travel jalan jalan. So aku apply visa pelancong lah kan. Jenis yang aku apply adalah ETA visa atau nama penuhnya Electronic Travel Authority visa.
| Kredit: muslimtravelbug.com |
Masa sebelum aku buat visa ni, duk pikir jugak visa ni macam mana sebenarnya adakah dalam bentuk fizikal macam passport tu. Ni antara contohnya:
And aku tak ragu ragu nak apply dengan dia sebab dia buat trip ke aussie gak. So siapa yang join trip aussie dengan dia automatik termasuk dengan visa dah. Maksudnya boleh percaya la buat visa dengan dia ni.
Dan aku sebagai seorang manusia, haha aku prefer untuk berhubung dengan manusia. Boleh tanya tanya kalau ada tak paham atau banyak benda sangat duk pikir pasal visa ni kan.
Macam member aku, dia buat under travel agent gak. Tapi kena fill in form untuk visa tu sendiri. Kira macam korang buat sendiri lah. Ada satu link, isi form maklumat korang dan korang akan dibawa ke bahagian untuk payment semua. Leceh!
Yang aku buat ni, just wassap je cakap nak buat visa, atau korang nak tanya apa apa ke. Lepas tu dia mintak muka depan passport yang ada muka korang tu and bayar ongkosnya then siap! Tak payah pening pening.
Untuk siapa siapa yang nak buat visa ke australia boleh contact cik munirah atau boleh tengok ig dia https://www.instagram.com/backpackersbuddies/
Aku apply sehari je dah siap, harini payment, esok dia inform dah settle. Fuhh lega sebab lepas kan. Dup dap dup dap sis nunggu 😂
Apa lagi, siapa siapa yang planning nak g aussie tu boleh lah apply visa sekarang!
Ini penting, TRAVEL TIPS:
Sebelum beli tiket nak ke aussie tu, WAJIB buat visa dulu baru beli tiket weh. Kalau korang rasa rasa nak g aussie kan, buat visa dulu baru cari tiket. Lagipun visa tahan setahun dari tempoh korang buat. Lepas tu cari la tiket. Serius ni wey!
Sebab aku sepatutnya travel enam orang. Tapi sorang geng aku tu tak lulus. Tinggal dua tiga hari je lagi ni. Allah. Kesian dia beli tiket 600 lebih kot. Harap harap lulus, kalau pikir je nak nangis rasa. Takkan nak burn gitu je, banyak tuh 😢
Lagi satu TRAVEL TIPS:
Bagi yang baru buat paspport, kiranya pertama kali nak travel oversea kan. Korang cari la tempat travel yang TAK GUNA VISA. Tempat tempat yang guna visa ni boleh je kalau korang dah 3,4 kali travel luar negara.
Sebab salah satu faktor kawan aku tak lulus visa dia, aku rasa sebab passport dia baru. Rekod dia bersih lagi. Kebanyakan orang malaysia kan pergi sana untuk kerja, tu yang imigresen ketat sikit tuh. Kalau korang dah banyak travel tempat lain, imigresen nak approve pon diorang boleh tahu korang tu kaki jalan bukan nak g kerja. Gittew.
So hope all the best. Doakan weolls ye. Ya Allah semoga dipermudahkan semua urusan. Amiinn.
Disclaimer - This is NOT PAID REVIEW but its my honest review. Kita berpuas hati dengan layanan orang kat kita, why not bantu dia. Mungkin asbab rezeki dia melalui kita, inshaAllah boleh tumpang pahala 💕
No comments:
Post a Comment